Monday, 15 September 2014

UTeM tingkat kemudahan asrama


Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal, Melaka bakal meningkatkan kapasiti tambahan 5,000 pelajar baharu dalam penempatan asramanya tidak lama lagi.


Perkara tersebut diumumkan dalam satu majlis penyerahan dokumen konsesi pembinaan asrama secara inisiatif pembiayaan swasta.

Majlis itu dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Datuk Ir. Dr. Ahmad Zaidee Laidin, Naib Canselor UTeM Prof. Dr. Shahrin Sahib dan Pengarah syarikat Nadi Cergas Sdn. Bhd., Datuk Seri Subahan Kamal.

Pembinaan asrama secara konsesi itu melibatkan pembangunan kolej kediaman pelajar sepuluh tingkat sebanyak lima blok termasuk pejabat pentadbiran asrama, lima unit kediaman Pengetua Asrama, sepuluh unit kediaman penyelia asrama, kafeteria yang boleh memuatkan 1,000 pelajar serta kemudahan gelanggang sukan.

“Pembinaan asrama baharu itu merupakan langkah yang seiring dengan perancangan kerajaan negeri untuk memperkayakan Melaka dengan peluang pendidikan tinggi.

“Dengan melahirkan kemudahan yang baik mampu melahirkan modal insan terlatih dan mahir diharap memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara amnya.

Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment