Saturday, 20 February 2016

Biasiswa Yayasan TM (YTM Talent-A) 2016

biasiswa yayasan tm
Tawaran Biasiswa dari Yayasan Telekom Malaysia YTM bagi sesi tahun 2016 kini dibuka. Mohonlah sekarang.
Pihak Yayasan TM menjemput calon dari kalangan warga Malaysia yang layak untuk memohon biasiswa bagi meneruskan pengajian dalam bidang yang ditawarkan ke peringkat yang lebih tinggi.


TERMA DAN SYARAT
Tawaran biasiswa YTM ini ditawarkan kepada semua pelajar kecuali kakitangan daripada Kumpulan TM.
KRITERIA
Setiap calon yang ingin memohon biasiswa ini perlu memenuhi kriteria berikut:
  • Minimum 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015
  • Minimum 3A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015
  • Minimum 3.5 CGPA Diploma dan Matrikulasi
  • Minimum 3.5 CGPA dalam Ijazah Sarjana Muda (dalam pengajian)
TEMPAT PENGAJIAN
Tempatan:
Mana-mana Universiti Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS)
Luar Negara:
  1. United Kingdom
  2. Perancis
  3. Jerman
  4. Australia
  5. Korea Selatan
Pelajar yang menguasai bahasa Perancis, Jerman dan Korea mempunyai kelebihan dalam permohonan ini.
Peringkat pelajaran: Pra Universiti, MMU, Diploma, Ijazah Sarjana Muda: umur tidak melebihi 22 tahun.
BIDANG
Biasiswa yang ditawarkan kepada calon merangkumi bidang pengajian seperti di bawah:
  • Kejuruteraan
  • Teknologi Maklumat/Multimedia
  • Pengurusan
  • Elektrik
  • Sains Komputer
  • Pemasaran
  • Komunikasi
  • Teknologi Maklumat
  • Ekonomi
  • Mechatronik
  • Sistem Jaringan dan Keselamatan
  • Statistik
  • Komputer
  • Analisis Data
  • Sains Aktuari
  • Programming dan Software
  • Multimedia dan Kreatif
  • Seni Layar
PENDAPATAN KELUARGA
Tidak melebihi RM20,000 sebulan
PAKEJ BIASISWA
  1. Yuran pendaftaran
  2. Buku dan peralatan
  3. Wang saku
  4. Elaun komputer
  5. Elaun latihan industri
CARA MEMOHON
Sila isi borang permohonan Biasiswa YTM secara atas talian dengan melayari laman web di pautan berikut:
http://ytm.tm.com.my/Default.aspx
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 11 Mac 2016

No comments:

Post a Comment