Sekolah-sekolah itu ialah:
• Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang, Selangor
• Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Hua Lian, Taiping, Perak
• Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jitra, Jitra, Kedah
• SMK Tun Dr. Ismail, Muar, Johor
• SMK Agama Persekutuan Labu, Seremban, Negeri Sembilan
• SMK Agama Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban, Negeri Sembilan
• SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, Kelantan
• SMK Dong, Raub, Pahang
• SMJK Jit Sin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
• SMK (Perempuan) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor

Semua sekolah menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam Majlis Penyampaian Anugerah Sekolah Terbaik dan Pelajar Terbaik STPM dan Malaysian University English Test (MUET) 2015, di sini hari ini
Sementara itu, Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2015 bagi kategori bandar diberikan kepada lima pe­nerima iaitu pelajar SMK Munshi Sulaiman, Batu Pahat, Johor, Tee Wee Sin, pelajar SMK Sam Tet, Ipoh, Perak, Choong Wai Kean, Chai Chin Chiet (SMK Seri Bandar Pontian, Pontian, Johor), Wan Nursyafiqah Wan Rusli (SMK Tunku Temenggung, Pendang, Kedah) dan Too Hoon Lin (SMK Gajah Berang, Melaka).

Bagi kategori luar bandar pula, anugerah tersebut diberikan kepada Muhammad Hakim Suhaimi (SMK Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan), Nur Izwani Zulkifli (SMK Seri Intan, Machang, Kelantan), Goh Kai Ying (SMK Mentakab, Mentakab Pahang), Syamimi Sharifudin (SMK Tunku Putra, Batu Pahat, Johor) dan Ooi Tzu Chia (SMK Dato’ Penggawa Timur, Pasir Gudang, Johor).

Loke Chia Chien A/L Loke Heng Fatt dari SMK Rompin, Rompin, Pahang dipilih sebagai Pelajar Terbaik STPM 2015 bagi kategori Orang Asli manakala Nurisan Salamoh dari KISAS dipilih bagi kategori pelajar luar negara.

Kategori pelajar istimewa me­nyaksikan empat penerima disenaraikan iaitu pelajar SMK Sri Gunung, Bachok, Kelantan, Muhammad Ikmalul Iktimam Mahadhir; pelajar SMK (Perempuan) St. George, Georgetown, Pulau Pinang, Felicia Pui Jia Yin; Azree Feekree Zamzuri (SMK St. John, Kuala Lumpur) dan Andrea Pui Jia Hui (SMK (Perem­puan) St. George, Georgetown, Pulau Pinang).

Dalam pada itu, Anugerah Pelajar Terbaik MUET bagi sesi Mac 2015 diterima oleh pelajar Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Saw Zhi Shan sementara sesi Julai diberikan kepada Chin Poh Lin Zoe (SMK Taman Sea, Peta­ling Jaya, Selangor).
Sesi November menyaksikan pelajar SMK Batu Lintang, Kuching, Sarawak, May Mee Win dipilih sebagai pelajar terbaik.

Semua mereka menerima sijil penghargaan, sebuah plak dan wang RM1,000.

Sumber : http://www.utusan.com.my