Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, hanya 9,721 calon SPM 2015 memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran diduduki berbanding pencapaian tahun sebelumnya iaitu 11,289 pelajar.

“Sebanyak 346,681 calon peperiksaan SPM 2015 yang pertama kali menduduki dan mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras layak dianugerahkan sijil.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 316,506 adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran manakala selebihnya, 30,175 adalah calon selain sekolah kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman analisis keputusan SPM 2015 di sini hari ini. - 

Sumber : UTUSAN ONLINE