Saturday, 30 April 2016

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA/DIPLOMA LANJUTAN/PRA DIPLOMA SEPENUH MASA POLITEKNIK SESI JUN 2016


Bagi yang memohon ke Politeknik berikut disenaraikan maklumat tarikh keputusan permohonan ke Politeknik. 

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier
16 Mei 2016 jam 2.00 petang

Friday, 29 April 2016

Rusilawati Penerima Ijazah Kelas Pertama UiTM

Rusilawati Abdullah menerima Ijazah Kelas Pertama dan Anugerah Naib Cancelor pada Konvokesyen UiTM ke 84 di UiTM Shah Alam.

Berasal dari Kota Bharu anak kelahiran Usahawan Tani ini begitu cekal dalam pelajaran dan beliau merupakan pelajar terbaik setiap semestar dengan Anugerah Dekan dan kini dianugerahkan pelajar cemerlang.

Beliau kini menlanjutkan pelajaran di peringkat Master di Universiti Malaysia Kelantan berkata ' kejayaan adalah berkat doa ibu bapa dan usaha yang berterusan dalam pelajaran terutamanya sentiasa mendekati pensyarah' merupakan petua kejayaan beliau.


Saturday, 23 April 2016

Konvokesyen UTM ke 56 : Tahniah Pelajar Usahasama UTM

Tahniah graduan UTM Program usahasama Kolej Teknologi Timur berjaya melahirkan graduan sulung Program UTM meliputi Program Diploma Pengurusan Teknologi, Diploma Pengurusan Harta Tanah dan Diploma Pengurusan Teknologi Perakaunan.