Monday, 23 May 2016

10 Pusat Tingkatan 6 Mod 1 Kini Dikenali Sebagai Kolej Tingkatan 6



semua 10 pusat Tingkatan Enam Mod 1 di seluruh negara kini dikenali sebagai Kolej Tingkatan Enam, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mahdzir berkata keputusan itu dibuat dalam usaha kementerian memantapkan imej, kualiti dan sistem pendidikan Tingkatan Enam sekali gus sebagai memberikan motivasi kepada pelajar berkenaan.