Monday, 21 November 2016

UIAM, Universiti Taylors ungguli Debat Perdana Diraja Gender


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) A dan Universiti Taylors A masing-masing dinobatkan sebagai johan Debat Perdana Diraja Gender (The Great Royal Gender Debate) 2016, bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, hari ini. 



Pasukan debat UIAM A dan University Taylors A, masing-masing menerima wang tunai RM3,500 beserta piala pusingan, piala iringan serta sijil. Nur Anisatul Ashikin Abd Rauf dari UIAM A dan Amrit Agastia dari Universiti Taylors A turut membawa menerima hadiah wang tunai RM600 dan piala selepas dinobatkan pendebat terbaik pusingan akhir bagi kategori masing-masing. 

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun yang juga merasmikan pertandingan debat berkenaan. 

Turut hadir ialah Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UIAM merangkap Pengerusi Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM), Datuk Dr Mizan Hitam dan Pengarah Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW), Normalia Ibrahim.

Sumber : berita harian

1 comment:

  1. I like this publish. It’s a ways giving extra statistics for peoples. It’s some distance giving lot of informative posts and that I solved my problems effortlessly. It’s miles accurate manner to giving solution for peoples. The design is right. The fact contained in this internet site is complete of informative insights. custom dissertation writing service is offering great the excessive fine essay writing techniques for the scholars.

    ReplyDelete