Saturday, 17 December 2016

MARA taja pelajar keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah


Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberi jaminan akan menaja penuh pelajar cemerlang daripada kumpulan keluarga berpendapatan RM6,000 ke bawah untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian di bawah kendaliannya. 


Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata institusi-insitusi berkenaan termasuk Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Kolej Politeknik MARA dan Universiti MARA yang akan ditubuhkan. "Untuk pelajar daripada keluarga kumpulan B40 yang berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan kumpulan M40 (pendapatan sehingga RM6,000 sebulan), kita akan taja penuh," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pemukiman Yayasan Pelajaran MARA di sini hari ini. 

Katanya, MARA telah mendapat peruntukan sebanyak RM2 bilion daripada Bajet 2017 untuk meneruskan penajaan itu khususnya di bawah Skim Penajaan Cemerlang (SPC). "Dengan (peruntukan) RM2 bilion ini, kita hendak memperbaharui kita punya komitmen bahawasanya program-program utama tajaan Mara itu diteruskan," katanya. 

Annuar berkata, penajaan untuk pelajar cemerlang bagi melanjutkan pengajian di luar negara juga akan diteruskan dengan tumpuan negara yang dipilih lebih rendah kos pengajiannya. 

Katanya, tumpuan ini perlu dibuat bagi membolehkan jumlah pelajar yang ditaja MARA dapat dikekalkan seperti mana yang dibuat pada tahun-tahun lepas. Katanya, sehingga kini, MARA menaja lebih 65,000 pelajar yang mana kira-kira 7,000 orang daripada mereka belajar di luar negara. "Kira-kira 15,000 orang lagi pelajar baharu akan ditaja untuk tahun depan," katanya. 

Beliau berkata, MARA juga tidak akan menaja pelajar-pelajar yang mengambil langkah sendiri untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri tanpa melalui majlis itu kerana ia tidak sejajar dengan dasarnya. "Untuk mereka yang melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah, MARA akan hanya menaja mereka yang dipilih ke universiti-universiti 50 terbaik dunia di bawah QS ranking atau lebih baik daripada universiti-universiti tempatan," katanya. - BERNAMA

2 comments:

  1. I like this post it is very useful Feel free to surf Custom essay writing serviceproviding essay writing papers for students.

    ReplyDelete
  2. Thanks for your post. I’ve been thinking about writing a very comparable post over the last couple of weeks, I’ll probably keep it short and sweet and link to this instead if thats cool. Thanks. obat penurun asam lambung

    ReplyDelete