Friday, 24 November 2017

Teknologi bantu pendidik tumpu pembangunan modal insan



Perkembangan teknologi dalam bidang pendidikan akan memberi peluang kepada warga pendidik untuk menumpukan lebih perhatian kepada pembangunan modal insan berbanding persediaan pengajaran.
Wakil Yayasan Bertelsmann Jerman, Dr Jorg Dragger, berkata penggunaan teknologi membolehkan warga pendidik berkongsi kandungan pengajaran secara lebih kondusif dan efektif bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Thursday, 23 November 2017

Unimap bekerjasama dengan universiti ternama Azerbaijan

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL


Unimap bekerjasama dengan universiti ternama Azerbaijan: BAKU (Azerbaijan) 23 Nov. - Universiti Malaysia Perlis (Unimap) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang akademik dengan universiti ternama di Azerbaijan iaitu Khazar University, di Baku, Azerbaijan, di sini semalam.

Wednesday, 22 November 2017

Kementerian Pendidikan menang Anugerah Mike Nichols di London


Kementerian Pendidikan menang Anugerah Mike Nichols di London: KUALA LUMPUR 22 Nov. - Kementerian Pendidikan menerusi Unit Prestasi dan Pelaksanaan Pendidikan (PADU) telah memenangi Anugerah Pengurusan Projek (APM) Mike Nichols untuk Inspirasi 2017.

Tuesday, 17 October 2017

Lima universiti tempatan diiktiraf 50 terbaik Asia



Lima universiti penyelidikan negara menunjukkan peningkatan dalam senarai QS University Rankings: Asia 2018 apabila tersenarai dalam 50 universiti terbaik Asia.
Universiti Malaya (UM) mencatat pencapaian terbaik apabila menduduki tangga ke-24 tahun ini berbanding ke-27 tahun lalu.

Wednesday, 14 June 2017

KTEPJ sumbang 300 baju raya untuk asnaf



Sumbangan baju raya melalui Projek Baju Raya Kasih Ramadan yang dianjurkan oleh pelajar KTEPJ itu diserahkan kepada 50 asnaf yang menetap di Kampung Tengah, Puchong.
Pengarah Projek Baju Raya Kasih Ramadan KTEPJ, Mohamad Danial Mohd Jailani, berkata pihak kolej mengambil masa dua minggu untuk mengumpul baju raya terbabit.
Sumber : B. Harian 

Friday, 26 May 2017

Tiga pelajar cemerlang terima Biasiswa Kijang Emas



Amir Farish ialah antara tiga pelajar cemerlang SPM 2016 yang terpilih menerima Anugerah Biasiswa Kijang Emas 2017, biasiswa berprestij ditawarkan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan kepada pelajar cemerlang di negara ini.

Friday, 12 May 2017

Semakan Keputusan UPU Pada 15 Mei 2017.


SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN UPUONLINE BAGI LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018 (ke UA/POLITEKNIK PREMIER & TVET)

Wednesday, 19 April 2017

Semakan Kemasukan Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018


Perhatian kepada calon-calon SPM yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi kemasukan 2017/ 2018, keputusan dijangka akan diumumkan pada 27 April 2017, jam 12.00 tengahari.
Pelajar-pelajar lepasan SPM 2016 yang telah mengemukakan permohonan boleh membuat semakan tawaran kemasukan ke kolej matrikulasi secara online dan SMS.

Cara Membuat Semakan Keputusan

1. Semakan Online
Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Status Keputusan / Tawaran Matrikulasi 2017.
  • Sistem Aplikasi Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi 2017
*Sistem aplikasi semakan tawaran hanya dibuka bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.
2. Semakan Melalui SMS
Semakan SMS pula boleh di buat dengan menaip
MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
*Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Sunday, 16 April 2017

Semakan Tawaran ke Tingkatan Enam Tahun 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2017 boleh dilakukan bermula 16 April 2017 sehingga 12 Mei 2017 di sst6.moe.gov.my.

Semakan juga boleh dilakukan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar MOE<jarak>T6<jarak>NoKP atau MOE<jarak>T6<jarak>AngkaGiliran ke 15888

Friday, 14 April 2017

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA BAGI PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKAPALAN DAN DIPLOMA KEJURUTERAAN PENYENGGARAAN PESAWAT SESI JUN 2017



  • Calon-calon yang memohon ke program di atas boleh membuat semakan panggilan temuduga mulai 14 April 2017 jam 9.00 pagi.
  • Sesi temuduga akan diadakan pada 18 - 19 April 2017.
  • Keputusan permohonan untuk semua program akan diumumkan pada 20 Mei 2017 di laman web www.politeknik.edu.my.

Semakan Temu duga UPSI

Semakan layak menduduki temu duga dan ujian khas bagi program Diploma dijangkakan akan diumumkan pada 15 April 2017 (sabtu) dan boleh mula disemak selepas jam 5.00 petang. Semakan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Rujuk Link diatas..

Tuesday, 14 February 2017

Keputusan SPM 2016 Diumum 16 Mac


Kementerian Pendidikan mengesahkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 ditetapkan pada 16 Mac ini, sebagaimana tular di media sosial.

Wednesday, 8 February 2017

UiTM Lakar Sejarah


UiTM yang diwakili dua pendebat daripada Fakulti Undang-Undang, Mohd. Mifzal Mohd. Murshid Kieron dan Jasmine Ho Abdullah yang mengungguli pusingan awal mengejutkan ramai pihak di peringkat suku akhir apabila mengenepikan saingan dari universiti-universiti ternama dunia seperti Harvard dan Cambridge sebelum tewas di peringkat separuh akhir.

Friday, 3 February 2017

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017

KPT 2017 melibatkan enam zon dan satu zon mini. Ia akan berlangsung dari bulan Februari 2017 sehingga Mac 2017.

Thursday, 2 February 2017

Ijazah palsu: Semak dengan pihak berkuasa


Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, langkah berhati-hati dengan mendapatkan pengesahan itu perlu diberi penekanan agar tidak terpedaya berikutan wujudnya sindiket menjual kelulusan akademik palsu termasuk melalui dalam talian.

Wednesday, 1 February 2017

UMT lancar Studio e-Pembelajaran pertama di pantai timur


Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah sebagai universiti awam pertama di pantai timur yang menyediakan Studio e-Pembelajaran yang dilengkapi kemudahan teknologi realiti tambahan (AR).

Thursday, 26 January 2017

Gamuda taja 50 pelajar Politeknik lanjut pengajian


Seramai 50 pelajar Politeknik dari seluruh negara akan menerima bisiswa Gamuda Berhad (Gamuda) bagi melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di INTI International University.