Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, buat permulaan seramai sembilan pelajar sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda selama tiga tahun di universiti berkenaan.
Amat penting untuk kita melatih warga profesional muda agar mereka mampu bersaing dengan rakan sebaya di peringkat dunia. Kerjasama seperti ini mampu mengukuhkan keupayaan graduan memenuhi pasaran kerja pada abad ke-21.