Thursday, 2 February 2017

Ijazah palsu: Semak dengan pihak berkuasa


Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, langkah berhati-hati dengan mendapatkan pengesahan itu perlu diberi penekanan agar tidak terpedaya berikutan wujudnya sindiket menjual kelulusan akademik palsu termasuk melalui dalam talian.


Tegasnya, keraguan itu mudah timbul, misalnya menerusi nama universiti yang tidak pernah didengari, di samping kelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) yang dimiliki tidak setimpal dengan keupayaan mereka.

Bagi institusi di Malaysia orang ramai boleh menyemak di
Jabatan Pendidikan Tinggi atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) tetapi sekiranya membabitkan pusat pendidikan di luar negara, cara yang terbaik ialah dengan menghubungi pihak berkuasa negara berkenaan.

Melalui cara itu kita akan mengetahui dengan terperinci sama ada institusi itu berdaftar dan sahih merupakan sebuah universiti di sana.

Sumber : Utusan Online

No comments:

Post a Comment