Tuesday, 14 February 2017

Keputusan SPM 2016 Diumum 16 Mac


Kementerian Pendidikan mengesahkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 ditetapkan pada 16 Mac ini, sebagaimana tular di media sosial.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof dalam satu kenyataan berkata, kementerian memaklumkan ia sentiasa memastikan semua proses penyediaan data keputusan SPM pada semua peringkat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Kementerian juga melaksanakan penjaminan berkualiti bagi menjamin keputusan yang dikeluarkan adalah tepat dan sahih demi keadilan kepada calon," katanya pada petang Selasa.

Dilaporkan, kerosakan mesin pemprosesan pembaca tanda optik (OMR) dan kekangan kewangan membaik pulih mesin berkenaan, menyebabkan Lembaga Peperiksaan (LP) terpaksa menunda pengumuman analisis keputusan SPM 2016.

Berdasarkan surat pekeliling dikeluarkan bertarikh 12 Februari 2017 yang ditandatangani Pengarah LP, Datin Nawal Salleh, pengumuman analisis keputusan SPM 2016 yang sepatutnya pada 2 Mac, terpaksa ditunda kepada 16 Mac ini.

1 comment:

  1. I absolutely stumbled upon your blog and desired to mention that I’ve without a doubt cherished reading your weblog posts. anyhow I’ll be subscribing on your feed and that i desire you submit again fast. Please continues it pinnacle posting! thanks you lots, I apprehend your paintings. Feel free to surf College paper writing service

    ReplyDelete