Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah sebagai universiti awam pertama di pantai timur yang menyediakan Studio e-Pembelajaran yang dilengkapi kemudahan teknologi realiti tambahan (AR).
Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, pembangunan studio berkenaan selaras untuk memperkasakan sekali gus menyokong penyediaan kursus-kursus pembelajaran dalam talian atau Massive Open Online Courses (MOOC) di UMT, di bawah jenama UMTMOOCs.
Kemudahan terbaharu itu menjadikan imej kelihatan hidup yang mana video utama bagi setiap kursus UMTMOOC dapat dimainkan secara terus dengan aplikasi UMTMOOC-AR yang dimuat turun melalui aplikasi Google Play ke mana-mana peranti mudah alih.
Sumber : Utusan Online
No comments:
Post a Comment