Wednesday, 19 April 2017

Semakan Kemasukan Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018


Perhatian kepada calon-calon SPM yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi kemasukan 2017/ 2018, keputusan dijangka akan diumumkan pada 27 April 2017, jam 12.00 tengahari.
Pelajar-pelajar lepasan SPM 2016 yang telah mengemukakan permohonan boleh membuat semakan tawaran kemasukan ke kolej matrikulasi secara online dan SMS.

Cara Membuat Semakan Keputusan

1. Semakan Online
Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Status Keputusan / Tawaran Matrikulasi 2017.
  • Sistem Aplikasi Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi 2017
*Sistem aplikasi semakan tawaran hanya dibuka bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.
2. Semakan Melalui SMS
Semakan SMS pula boleh di buat dengan menaip
MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
*Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Sunday, 16 April 2017

Semakan Tawaran ke Tingkatan Enam Tahun 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2017 boleh dilakukan bermula 16 April 2017 sehingga 12 Mei 2017 di sst6.moe.gov.my.

Semakan juga boleh dilakukan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar MOE<jarak>T6<jarak>NoKP atau MOE<jarak>T6<jarak>AngkaGiliran ke 15888

Friday, 14 April 2017

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA BAGI PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKAPALAN DAN DIPLOMA KEJURUTERAAN PENYENGGARAAN PESAWAT SESI JUN 2017



  • Calon-calon yang memohon ke program di atas boleh membuat semakan panggilan temuduga mulai 14 April 2017 jam 9.00 pagi.
  • Sesi temuduga akan diadakan pada 18 - 19 April 2017.
  • Keputusan permohonan untuk semua program akan diumumkan pada 20 Mei 2017 di laman web www.politeknik.edu.my.

Semakan Temu duga UPSI

Semakan layak menduduki temu duga dan ujian khas bagi program Diploma dijangkakan akan diumumkan pada 15 April 2017 (sabtu) dan boleh mula disemak selepas jam 5.00 petang. Semakan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Rujuk Link diatas..