Wednesday, 19 April 2017

Semakan Kemasukan Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018


Perhatian kepada calon-calon SPM yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi kemasukan 2017/ 2018, keputusan dijangka akan diumumkan pada 27 April 2017, jam 12.00 tengahari.
Pelajar-pelajar lepasan SPM 2016 yang telah mengemukakan permohonan boleh membuat semakan tawaran kemasukan ke kolej matrikulasi secara online dan SMS.

Cara Membuat Semakan Keputusan

1. Semakan Online
Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Status Keputusan / Tawaran Matrikulasi 2017.
  • Sistem Aplikasi Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi 2017
*Sistem aplikasi semakan tawaran hanya dibuka bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.
2. Semakan Melalui SMS
Semakan SMS pula boleh di buat dengan menaip
MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
*Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

1 comment: