Friday, 26 May 2017

Tiga pelajar cemerlang terima Biasiswa Kijang Emas



Amir Farish ialah antara tiga pelajar cemerlang SPM 2016 yang terpilih menerima Anugerah Biasiswa Kijang Emas 2017, biasiswa berprestij ditawarkan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan kepada pelajar cemerlang di negara ini.

Dua penerima lain ialah, Nor Fatihah Abd Manaf dan K Hareneshkaran, masing-masing turut meraih keputusan 9A+ dalam SPM 2016. Penganugerahan biasiswa itu disampaikan oleh Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim di BNM di sini, semalam.
Sejak diperkenalkan pada 2005, BNM menganugerahkan Biasiswa Kijang Emas kepada 51 pelajar dan sehingga kini 27 daripadanya berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, manakala selebihnya masih mengikuti pengajian mereka di beberapa universiti terkemuka dunia.

No comments:

Post a Comment