Tuesday, 19 December 2017

Kolej Teknologi Timur KTT Antara 15 Kolej Mendapat Penarafan 6 Bintang


MyQUEST ialah sistem penarafan kepada ipts bertaraf kolej. Kolej Teknologi Timur antara 15 kolej mendapat penarafan enam bintang, lima bintang (63 kolej), empat bintang (61 kolej) dan tiga bintang ke bawah, 67 kolej.
Ia adalah antara 206 kolej yang layak diaudit dan diberi penarafan daripada keseluruhan 398 kolej yang berdaftar tahun ini.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris berkata, kementeriannya akan melakukan penarafan secara tahunan bermula tahun depan bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan tinggi swasta Malaysia.
KPT komited melaksanakan pelbagai inisiatif selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) bagi meningkatkan keupayaan kompetitif kolej swasta menerusi MyQUEST.

No comments:

Post a Comment