
Kumpulan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi (Kepujian) Mekanikal (Automotif) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi (Kepujian) Pembuatan (Automotif)dari Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI), Kulim, Kedah itu melahirkan rasa bangga apabila inovasi bidang penorehan getah berjaya menarik minat juri di Seoul International Invention Fair (SIIF) 2017.
Cabaran yang mereka hadapi bukan calang-calang kerana Korea dikatakan tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan produk getah seperti Malaysia dan Thailand, namun strategi ‘pengaruh’ yang mereka tampilkan semasa sesi pembentangan, telah berjaya membawa mereka merangkul pingat perak pada festival itu.
Produk yang diberi nama MeMGA itu berfungsi sebagai mesin penoreh automatik dengan menggunakan mata alat untuk menghasilkan kedalaman longkak pokok getah 0.5 milimeter (mm) berbanding yang kebiasaannya 0.2mm.
Sumber : Utusan Online
AGT The Champions: I’m really happy to say it was an interesting post to read. I learned new information from your article, you are doing a great job. Continue -> AGT The Champions Winner
ReplyDelete