
Membaca al-Quran sebelum dan sebaik bangun dari tidur menjadi antara amalan yang membantu seorang pelajar mencatat keputusan cemerlang 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018.
Menurut Umar Abdul Aziz Kamarul Halim, 18, yang belajar di Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir, amalan berkenaan memberinya kelapangan jiwa untuk mengulangkaji pelajaran setiap hari.
Bekas pelajar pusat tahfiz yang berasal dari Teluk Intan, Perak ini berkata, dia juga mengelak daripada memakan makanan segera kerana pernah membaca artikel mengenai keburukannya.
No comments:
Post a Comment