Tuesday, 24 December 2019

Prof Dr Mohammad Hamiruce dilantik Timbalan Naib Canselor USIM

Pengarah, Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Mohammad Hamiruce Marhaban dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pakar dalam kecerdasan buatan, visi komputer dan robotik yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Elektronik dari Universiti Surrey, United Kingdom itu dilantik bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Disember 2019.
Sebagai ahli akademik, Mohammad Hamiruce sudah menerbitkan lebih 100 jurnal, menyertai lebih 30 persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta memperoleh lebih 10 geran penyelidikan.
Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah menerima pengiktirafan tertinggi, iaitu Best Freestyle Awards, Field Robot Events, Microchip Special Award, Best Design – Paintball Robot, Champion Robogames, Best Design Award dan Best Idea Award.

No comments:

Post a comment